Program Khidmat Bantu


Program Khidmat Bantu PSS Daerah Dungun telah dijalankan pada 20-22 Sept 2011 di dua buah sekolah iaitu

1. SMK Sultan Omar – PKG Seri Dungun

2. SK Seri Paka – PKG Paka

Seramai 24 orang Guru sekolah sekitar Daerah Dungun, 4 orang Pegawai Teknologi Pendidikan, 2 orang Pembantu Tadbir, dan 2 orang Juruteknik PKG yang terlibat dalam program ini. Komitmen dan kerjasama yang di berikan semasa program ini berjalan di ucapkan ribuan terima kasih.

Kepada pihak Pengurusan dan guru sekolah yang membenarkan Guru Perpustakaan dan Media terlibat dalam program ini di ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Kepada pihak pengurusan sekolah, guru-guru dan pelajar SMK Sultan Omar dan SK Seri Paka, diucapkan ribuan terima kasih diatas komitmen dan kerjasama sepanjang program ini berjalan.

Klik sini untuk lihat lebih banyak gambar

Penilaian PSS Cemerlang 2011 Daerah Dungun


Penilaian PSS Cemerlang Peringkat Daerah Dungun telah diadakan pada 9 Ogos 2011 – 15 Ogos 2011. Sebanyak 10 buah sekolah yang terlibat dalam Penilaian ini iaitu

i-  4 buah sekolah  ahli PKG Seri Dungun

  • SMK Tengku Intan Zaharah
  • SMK Sultan Omar
  • SK Sultan Omar
  • SK Sura

ii – 2 buah sekolah  ahli PKG Paka –

  • SMK Paka
  •  SK Seri Paka

iii- 2 Buah sekolah ahli PKG Bukit Besi

  • SK LKTP Jerangau
  • SK Tepus

iv – 2 buah sekolah ahli PKG Pulau Serai

  • SMK ( A ) Kuala Abang
  • SK Kampung Baru Kuala Abang

Penilaian ini adalah 100% berpandukan Instrumen iQPSS dan pemilihan adalah berdasarkan Penarafan iQPSS 5 bintang dan 4 bintang yang berpotensi. Penilaian PSS Cemerlang diadakan secara bersepadu antara Pegawai Teknologi Pendidikan II PKG Daerah Dungun.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Undian Keperluan Kursus Untuk Pengetua/Guru Besar


Penilaian PSS Cemerlang 2011 Peringkat Daerah Dungun


Penilaian PSS cemerlang Peringkat Daerah Dungun 2011 akan diadakan mulai 09 Ogos 2011 hingga 16 Ogos 2011. Penilaian PSS Cemerlang adalah berdasarkan penarafan Instrumen iQ-PSS 2011 yang diisi oleh Guru Penyelaras Media sekolah.

Pemilihan sekolah yang dinilai adalah sekolah yang mencapai taraf 5 Bintang dan 4 Bintang yang berpotensi untuk dipertingkatkan. Kaedah penilaian adalah 100% berdasarkan Instrumen iQ-PSS 2011 dan Penilaian adalah secara bersepadu antara Pegawai Teknologi Pendidikan II PKG Daerah Dungun.

Pasukan Penilai PSS Cemerlang terdiri daripada :

1. En. Wan Mohd Mahdi Bin Wan Khaldin – PKG Seri Dungun

2. En. Azmi Bin Senik – PKG Paka

3. En. Abdah Bin Ismail – PKG Bukit Besi

4. En. El Gamillo Bin Habibun Tan – PKG Pulau Serai.

Jadual Penilaian dan Sekolah Terlibat.

Bahan Maklumat NiLAM Terkini


Untuk perhatian semua PTP, serta guru-guru serta semua yang berminat. Adalah dimaklumkan bahawa slaid berkenaan penerangan program NiLAM sepertimana yang digunakan di BTPNT baru-baru ini telah di muat turun.
Sila Browse pada ruangan “Muat Turun” >> “GPM” >> item ke 8 untuk mendapatkan bahan tersebut
Bahan tersebut boleh dicetak oleh tuan/puan dan digunakan sebagai rujukan dan difailkan ke dalam fail rujukan dan fail meja GPM. Harap Maklum!!!

<< Direct Link To File>>