Program Khidmat Bantu PSS SK LKTP Jerangau


Program Khidmat Bantu Pusat Sumber SK LKTP Jerangau telah dijalankan pada 22 dan 23 mac 2011. Program ini telah disertai seramai 20 orang Guru Perpustakaan Media (GPM) sekolah-sekolah ahli PKG Bukit Besi, para urusetia dari PKG-PKG Daerah Dungun serta fasilitator yang terdiri daripada PTP UPSP dari BTPNT. Tidak ketinggalan juga 3 orang fasiltator khas yang dijemput bagi membimbing para guru iaitu En. Che Rozali, GPM SMK Tengku Intan Zaharah dan GPM SK Balai Besar.

Program bengkel yang berlangsung selama 2 hari ini melibatkan usaha menyusun atur semula PSS, meningkatkan taraf keceriaan dan menambah baikkan suasana di PSS.

Para pesert telah memberikan komitmen yang luar biasa dan amat membanggakan. Hasilnya adalah diluar jangkaan pihak penganjur.

Pada ruangan ini saya ingin mengucapkan terima kasih, tahniah dan syabas di atas segala khidmat bakti yang telah diberikan.

TAHNIAH, SYABAS, TERIMA KASIH…

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Tinggalkan komen