Bahan Maklumat NiLAM Terkini


Untuk perhatian semua PTP, serta guru-guru serta semua yang berminat. Adalah dimaklumkan bahawa slaid berkenaan penerangan program NiLAM sepertimana yang digunakan di BTPNT baru-baru ini telah di muat turun.
Sila Browse pada ruangan “Muat Turun” >> “GPM” >> item ke 8 untuk mendapatkan bahan tersebut
Bahan tersebut boleh dicetak oleh tuan/puan dan digunakan sebagai rujukan dan difailkan ke dalam fail rujukan dan fail meja GPM. Harap Maklum!!!

<< Direct Link To File>>

Kursus Membina Pangkalan Data Pusat Akses


Kursus membina pangkalan data pusat akses bagi Sekolah Rendah Daerah Dungun melibatkan semua sekolah rendah yang mempunyai Pusat Akses di Daerah Dungun.

Kursus ini akan dijalankan pada :

1. Kursus Asas

  • Tarikh     : 12 dan 13 April 2011
  • Masa       : 8.30 am
  • Tempat  : PKG Seri Dungun

1. Kursus Lanjutan

  • Tarikh     : 17 dan 18 April 2011
  • Masa       : 8.30 am
  • Tempat  : PKG Bukit Besi

 

Fasilitator bagi kursus ini adalah dijemput daripada IPG Sultan Mizan, Besut, Terengganu

Keputusan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Dungun


Pemilihan tokoh Nilam Daerah Dungun telah berlangsung pada 4 April 2011.

Penyertaan terdiri daripada sekolah-sekolah ahli PKG Seri Dungun, PKG Bukit Besi dan PKG Pulai Serai. Tiada wakil daripada PKG Paka.

Keputusan adalah seperti berikut :

Sekolah Menengah Keteogori Bandar

– Anis Amalin Assaadah Baharuddin – SM Sains Dungun (PKG Seri Dungun)

Sekolah Menengah Kateogori Luar Bandar

– Mohd Suhairi Bin Mazlan – SMK Pulau Serai (PKG Pulau Serai)

Sekolah Rendah Kateogori Bandar

Siti Azni Bt Abd Rahman – SK Sura (PKG Seri Dungun)

Sekolah Rendah Kateogori Luar Bandar

Nur Syuhada Bt Zulkifli – SK Bukit Besi (PKG Bukit Besi)

 

Tahniah diucapkan kepada pemenang

Tahniah dan terima kasih kepada semua sekolah yang menghantar peserta.

Pemenang akan dibawa mewakili Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Negeri Terengganu pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

 

Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Dungun


Dimaklumkan pemilihan Tokoh Nilam (murid) Peringkat Daerah Dungun akan diadakan seperti ketetapan berikut :

  • Tarikh      : 4 April 2011
  • Masa        : 8.00 pagi
  • Tempat   : PKG Seri Dungun

Untuk tindakan pihak sekolah seluruh Daerah Dungun yang mempunyai calon Tokoh Nilam, sila hantar borang Pencalonan Tokoh Nilam melalui PKG masing-masing pada atau sebelum 3 April 2011 sebelum 12.00 Tengah hari.

Tokoh Nilam yang terpilih akan di bawa sebagai Wakil Daerah Dungun sebagai  Calon Tokoh Nilam Peringkat Negeri Terengganu yang akan diadakan pada 10 dan 11 April 2011 di BTPN Terengganu.

——————————

Klik untuk melihat  KRITERIA CALON

Download borang  Pencalonan Nilam  (format word 2003)

PEMANTAUAN PENGGUNAAN INISIATIF ICT SEKOLAH


Lapan (8) dimensi inisiatif ICT yang dikenal pasti untuk dipantau dan dinilai  pada tahun ini adalah seperti berikut:

  1. Capaian Internet
  2. Pusat Akses Sekolah
  3. Makmal Komputer
  4. EduWeb TV
  5. Peralatan PPSMI
  6. Perisian Kursus Pendidikan
  7. ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran
  8. Perkongsian Pintar

Kutipan data secara online dengan menggunakan sistem Pemantauan Penggunaan ICT (SPPICTS) bagi tahun ini dilaksanakan sebanyak dua (2) kali seperti berikut:

FASA 1    :  27 Mac hingga 16 April 2011

FASA 2     : 11 September hingga 1 Oktober 2011

SPPICTS yang boleh dilayari secara online melalui URL: http://ssqs.moe.edu.my atau http://pnp.moe.edu.my hanya pada tarikh-tarikh yang tertera di atas sahaja.