Anugerah Kualiti PPD Dungun 2011


Hari Anugerah Kualiti PPD Dungun Kali Ketiga (2011) telah berlangsung pada 13 November 2011 di Dewan Majlis Perbandaran Dungun, Dungun, Terengganu. Majlis ini dirasmikan oleh  YB Tuan Haji Matulidi Bin Haji Jusoh, Ahli Parlimen Dungun.

Bagi tahun 2011 bagi Kategori Anugerah Khas, Pusat Kegiatan Guru diberi pengiktirafan terhadap sumbangan dalam pembangunan pendidikan Daerah Dungun khususnya. PKG Seri Dungun sekali lagi diberi pengiktirafan sebagai PKG Terbaik bagi 2011 yang juga diterima pada tahun 2010.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Klik untuk gambar Landscape atau Potrait

Selamat Menyambut Merdeka Raya


Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Penilaian PSS Cemerlang 2011 Daerah Dungun


Penilaian PSS Cemerlang Peringkat Daerah Dungun telah diadakan pada 9 Ogos 2011 – 15 Ogos 2011. Sebanyak 10 buah sekolah yang terlibat dalam Penilaian ini iaitu

i-  4 buah sekolah  ahli PKG Seri Dungun

  • SMK Tengku Intan Zaharah
  • SMK Sultan Omar
  • SK Sultan Omar
  • SK Sura

ii – 2 buah sekolah  ahli PKG Paka –

  • SMK Paka
  •  SK Seri Paka

iii- 2 Buah sekolah ahli PKG Bukit Besi

  • SK LKTP Jerangau
  • SK Tepus

iv – 2 buah sekolah ahli PKG Pulau Serai

  • SMK ( A ) Kuala Abang
  • SK Kampung Baru Kuala Abang

Penilaian ini adalah 100% berpandukan Instrumen iQPSS dan pemilihan adalah berdasarkan Penarafan iQPSS 5 bintang dan 4 bintang yang berpotensi. Penilaian PSS Cemerlang diadakan secara bersepadu antara Pegawai Teknologi Pendidikan II PKG Daerah Dungun.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Majlis Berbuka Puasa PTP Daerah Dungun


Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Majlis berbuka puasa PTPII PKG Daerah Dungun telah diadakan pada 16 Ogos 2011 bertempat di Batu Burok Beach Resort. Majlis ini sebenarnya satu perancangan spontan daripada En. Azmi Senik PTP II PKG Paka semasa proses Penilaian PSS Cemerlang dan mendapat sokongan daripada PTP II lain. Diharpakn majlis seperti ini akan diadakan dengan lebih kerap bagi mengeratkan silaturahim antara kita.

Penambahbaikan Blog


Terdapat 2 sub Menu pada  Laman Muat Turun telah diletakkan password bagi tujuan mengelakkan kekeliruan kepada Guru. Kerana 2 sub menu tersebut adalah tidak berkaitan dengan guru buat masa ini. Sub Menu tersebut ialah :

1. Bahan Untuk PTP – ini merupakan perkongsian bahan antara PTP PKG Daerah Dungun

2. KIK – merupakan bahan yang dikongsi antara ahli Kumpulan Inovasi Kreatif Daerah Dungun.

 Dimaklumkan  juga pihak admin blog PKG Daerah Dungun berbesar hati sekiranya para guru dapat berkongsi maklumat/bahan/Manual berkaitan perkongsian ilmu. Selain itu juga pihak kami amat berbesar hati sekiranya ada guru-guru yang menulis cerpen/cerita untuk di kongsi. sebarang bahan bolehlah diemailkan kepada admin untuk di upload di blog ini. Sekian

email admin : wmmahdi@hotmail.com  dan cc kan ke admin@pkgseridungun.edu.my