Lawatan Berinformasi Ke BTPN WPKL dan Rangkaian PKG KL


Pada 30 Nov 2011-01 Dis 2011, PKG Daerah Dungun telah mengadakan satu Lawatan Berinformasi ke BTPN Wilayah Persekutuan dan rangkaian PKG Kuala Lumpur.

Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada PTP PKG Daerah Dungun,Guru Perpustakaan Media,Guru Besar dan FT17. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada peserta tentang fungsi dan peranan BTPN dan PKG.

Pada hari pertama para peserta telah melawat PKG Sentul di Taman Sri Segambut yang masih baru siap dibina dan telah dirasmikan pada bulan Jun 2011. Bangunan PKG Sentul ini merupakan PKG pertama di Malaysia yang siap dengan rekabentuk terbaru untuk PKG di seluruh negara dalam RMK9.

Para peserta menginap di wisma Majlis Belia Malaysia di bandar Tun Razak.

Pada 1 Dis 2011, para peserta telah dibawa melawat ke BTPN Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Para peserta dijamu sarapan pagi dan di bawa melawat di sekitar BTP dan bertolak pulang ke Terengganu pada pukul 2.30 petang.

Anugerah Kualiti PPD Dungun 2011


Hari Anugerah Kualiti PPD Dungun Kali Ketiga (2011) telah berlangsung pada 13 November 2011 di Dewan Majlis Perbandaran Dungun, Dungun, Terengganu. Majlis ini dirasmikan oleh  YB Tuan Haji Matulidi Bin Haji Jusoh, Ahli Parlimen Dungun.

Bagi tahun 2011 bagi Kategori Anugerah Khas, Pusat Kegiatan Guru diberi pengiktirafan terhadap sumbangan dalam pembangunan pendidikan Daerah Dungun khususnya. PKG Seri Dungun sekali lagi diberi pengiktirafan sebagai PKG Terbaik bagi 2011 yang juga diterima pada tahun 2010.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Klik untuk gambar Landscape atau Potrait

Karnival Pendidikan Sempena Bulan Bahasa – Pengisahan Tokoh


Karnival Pendidikan Sempena Bulan Bahasa telah dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dengan kerjasama Dewan Bahasa Dan Pustaka Wilayah Timur. Bagi Daerah Dungun, Pejabat Pelajaran Daerah Dungun telah dipilih sebagai tuan rumah bagi acara Pengisahan Tokoh.

Pertandingan ini di jalankan di SM Teknik Dungun pada 31 Oktober 2011. Bagi Kategori Sekolah Menengah, pertandingan diadakan di Dewan Kuliah manakala Kategori Sekolah Rendah di Dewan VoTech.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Laporan iQPSS PKG Bukit Besi


Taerima kAsih dan tahniah kepada semua GPM dan pentadbir Sekolah-sekolah PKG Bukit Besi diatas kerjasama dari kalian semua. Dipaparkan hasil daripada penarafan yang telah dibuat.

Laporan Asas iQ-PSS 2011 PKG Seri Dungun


Tahniah diatas pencapaian Penarafan Kendiri iQ-PSS 2011 Sekolah Ahli PKG Seri Dungun.

Terima Kasih diatas komitmen dan kerjasama pihak sekolah terutama Pengetua/Guru Besar, Guru Perpustakaan dan Media serta Ahli Jawatankuasa PSS serta guru-guru.

Semoga dengan pencapaian ini, akan tercapailah Objektif menjadikan PSS sebagai Sumber Ilmu.

Sekolah 1 bintang adalah sekolah baru dibuka pada 2011 dan SKM.

Terima Kasih dan Tahniah.