Keputusan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Dungun


Pemilihan tokoh Nilam Daerah Dungun telah berlangsung pada 4 April 2011.

Penyertaan terdiri daripada sekolah-sekolah ahli PKG Seri Dungun, PKG Bukit Besi dan PKG Pulai Serai. Tiada wakil daripada PKG Paka.

Keputusan adalah seperti berikut :

Sekolah Menengah Keteogori Bandar

– Anis Amalin Assaadah Baharuddin – SM Sains Dungun (PKG Seri Dungun)

Sekolah Menengah Kateogori Luar Bandar

– Mohd Suhairi Bin Mazlan – SMK Pulau Serai (PKG Pulau Serai)

Sekolah Rendah Kateogori Bandar

Siti Azni Bt Abd Rahman – SK Sura (PKG Seri Dungun)

Sekolah Rendah Kateogori Luar Bandar

Nur Syuhada Bt Zulkifli – SK Bukit Besi (PKG Bukit Besi)

 

Tahniah diucapkan kepada pemenang

Tahniah dan terima kasih kepada semua sekolah yang menghantar peserta.

Pemenang akan dibawa mewakili Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Negeri Terengganu pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

 

Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Dungun


Dimaklumkan pemilihan Tokoh Nilam (murid) Peringkat Daerah Dungun akan diadakan seperti ketetapan berikut :

  • Tarikh      : 4 April 2011
  • Masa        : 8.00 pagi
  • Tempat   : PKG Seri Dungun

Untuk tindakan pihak sekolah seluruh Daerah Dungun yang mempunyai calon Tokoh Nilam, sila hantar borang Pencalonan Tokoh Nilam melalui PKG masing-masing pada atau sebelum 3 April 2011 sebelum 12.00 Tengah hari.

Tokoh Nilam yang terpilih akan di bawa sebagai Wakil Daerah Dungun sebagai  Calon Tokoh Nilam Peringkat Negeri Terengganu yang akan diadakan pada 10 dan 11 April 2011 di BTPN Terengganu.

——————————

Klik untuk melihat  KRITERIA CALON

Download borang  Pencalonan Nilam  (format word 2003)

Program Khidmat Bantu PSS SK LKTP Jerangau


Program Khidmat Bantu Pusat Sumber SK LKTP Jerangau telah dijalankan pada 22 dan 23 mac 2011. Program ini telah disertai seramai 20 orang Guru Perpustakaan Media (GPM) sekolah-sekolah ahli PKG Bukit Besi, para urusetia dari PKG-PKG Daerah Dungun serta fasilitator yang terdiri daripada PTP UPSP dari BTPNT. Tidak ketinggalan juga 3 orang fasiltator khas yang dijemput bagi membimbing para guru iaitu En. Che Rozali, GPM SMK Tengku Intan Zaharah dan GPM SK Balai Besar.

Program bengkel yang berlangsung selama 2 hari ini melibatkan usaha menyusun atur semula PSS, meningkatkan taraf keceriaan dan menambah baikkan suasana di PSS.

Para pesert telah memberikan komitmen yang luar biasa dan amat membanggakan. Hasilnya adalah diluar jangkaan pihak penganjur.

Pada ruangan ini saya ingin mengucapkan terima kasih, tahniah dan syabas di atas segala khidmat bakti yang telah diberikan.

TAHNIAH, SYABAS, TERIMA KASIH…

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Pengisian Data iNilam


Data iNilam boleh mula dkemaskini mulai bulan Februari 2011

iNilam

1. Bagi sekolah yang belum upload data murid pada tahun 2010 sila lakukan untuk tahun 2011.

2. Bagi sekolah yang telah upload data murid pada 2010, data tersebut  boleh dikemaskini dengan menngunakan menu Naik Kelas pada laman iNilam

Download Manual iNilam

Laman iNilam

Penarafan Kendiri iQ-PSS


Penarafan Kendiri iQ-PSS bermula pada Februari 2011. Diharapkan pihak sekolah, melalui GPM dapat mengambil tindakan.

Laman iQ-PSS